TEKS BAHASA ARAB
من اجتنب من الرجال أربعا؛ فتحت له أبواب الجنة، يدخل من أيها شاء: الدماء، والأموال، والفروج، والأشربة. ومن النساء: إذا صلت خمسها، وصامت شهرها، وأحصنت فرجها، وأطاعت زوجها؛ فتحت لها أبواب الجنة الثمانية؛ تدخل من أيها شاءت.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barangsiapa dalam kalangan pemuda yang menjauhi empat perkara ini akan terbukalah baginya pintu-pintu syurga dan masuklah ia dari mana-mana pintu yang disukainya; darah, harta, kemaluan, dan minuman (arak). Adapun bagi wanita jika dia solat lima waktu, berpuasa Ramadan, memelihara kemaluannya dan taat kepada suaminya, terbukalah baginya lapan pintu syurga dan masuklah ia dari mana-mana yang dia suka.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 944, hadis nombor 4869. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن أنس بن مالك – رضي الله عنه- مرفوعا: ((من اجتنب من الرجال أربعا؛ فتحت له أبواب الجنة، يدخل من أيها شاء: الدماء، والأموال، والفروج، والأشربة. ومن النساء: إذا صلت خمسها، وصامت شهرها، وأحصنت فرجها، وأطاعت زوجها؛ فتحت لها أبواب الجنة الثمانية؛ تدخل من أيها شاءت)).
[عد، السهمي، ((الضعيفة)) (4534)].
[Sangat Lemah]
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barangsiapa dalam kalangan pemuda yang menjauhi empat perkara ini akan terbukalah baginya pintu-pintu syurga dan masuklah ia dari mana-mana pintu yang disukainya; darah, harta, kemaluan, dan minuman (arak). Adapun bagi wanita jika dia solat lima waktu, berpuasa Ramadan, memelihara kemaluannya dan taat kepada suaminya, terbukalah baginya lapan pintu syurga dan masuklah ia dari mana-mana yang dia suka.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa, al-Sihmi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4534].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.