Barangsiapa yang meninggalkan penipuan walaupun dalam keadaan dia salah

TEKS BAHASA ARAB

من ترك الكذب وهو باطل بني له قصر في ربض الجنة، ومن ترك المراء وهو محق بني له في وسطها، ومن حسن خلقه بني له في أعلاها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang meninggalkan penipuan walaupun dalam keadaan dia salah, akan dibina untuknya sebuah istana di tepi syurga, dan sesiapa yang meninggalkan perdebatan sedangkan dia benar, akan dibina untuknya sebuah istana di tengah-tengah syurga, dan sesiapa yang berakhlak baik akan dibina untuknya sebuah istana di bahagian syurga yang paling tinggi.

STATUS

Munkar Dengan Lafaz Ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 182, hadis nombor 931. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا السياق) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من ترك الكذب وهو باطل بني له قصر في ربض الجنة، ومن ترك المراء وهو محق بني له في وسطها، ومن حسن خلقه بني له في أعلاها)). [ت، هــ، عد، الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، ((الضعيفة)) (1056)]

(Munkar Dengan Lafaz Ini)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barangsiapa yang meninggalkan penipuan walaupun dalam keadaan dia salah, akan dibina untuknya sebuah istana di tepi syurga, dan sesiapa yang meninggalkan perdebatan sedangkan dia benar, akan dibina untuknya sebuah istana di tengah-tengah syurga, dan sesiapa yang berakhlak baik akan dibina untuknya sebuah istana di bahagian syurga yang paling tinggi.
[Riwayat al-Tirmiẓī dalam Sunan beliau, Ibn Majah dalam Sunan beliau, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa’ dan al-Khara’iti dalam Makarim al-Akhlak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.1056]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs