Classification icon

Terdapat perawi pendusta pada sanadnya

30/06/2024

minit bacaan



Barangsiapa yang meninggal dunia dari kalangan umatku

Teks Bahasa Arab

مَنْ هَلَكَ مِنْ أُمَّتِي فَتَرَكَ خَلَفًا يُصَلِّي صَلاتَهُ وَيَقُومُ مَقَامَهُ فَلم يمت.

Teks Bahasa Melayu

Barangsiapa yang meninggal dunia dari kalangan umatku dan dia meninggalkan orang yang boleh menunaikan solatnya dan menggantikan tempatnya maka dia tidak akan mati.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. al-Fattanī (m. 986H)

Status

Terdapat perawi pendusta pada sanadnya

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 131. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«مَنْ هَلَكَ مِنْ أُمَّتِي فَتَرَكَ خَلَفًا يُصَلِّي صَلاتَهُ وَيَقُومُ مَقَامَهُ فَلم يمت» فِيهِ نهشل كَذَّاب.

“Barangsiapa yang meninggal dunia dari kalangan umatku dan dia meninggalkan orang yang boleh menunaikan solatnya dan menggantikan tempatnya maka dia tidak akan mati.” Dalam sanadnya terdapat perawi bernama Nahsyal. Beliau adalah seorang pendusta.

Rujukan

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.