Palsu

30/06/2024

4 minit bacaan



Barangsiapa yang mengucup dahi di tengah-tengah kedua mata ibunya

Teks Bahasa Arab

من قبَّل بين عينَيْ أمِّه كان له سِترًا من النَّارِ.

Teks Bahasa Melayu

Barangsiapa yang mengucup dahi di tengah-tengah kedua mata ibunya, maka ia akan menjadi penghadang buatnya daripada api neraka.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 183, hadis no. 936. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس - رضي الله عنه - أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال: ((من قبل بين عيني أمه كان له سترا من النار)). [عد، أبوبكر الخباز في ((الأمالي))، ((الضعيفة)) (1245)]

(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang mengucup dahi di tengah-tengah kedua mata ibunya, maka ia akan menjadi penghadang buatnya daripada api neraka. [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa’ dan Abu Bakar al-Khabbaz dalam al-Amali. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1245]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.