Barangsiapa yang mengikut kitab Allah, maka Allah akan memberikan petunjuk kepadanya daripada kesesatan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من اتبع كتاب الله هداه الله من الضلالة، ووقاه سوء الحساب يوم القيامة ، وذلك أن الله عز وجل يقول: {فمن اتبع هداي فلا يضل ولا يشقى} [طه: 123]

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang mengikut kitab Allah, maka Allah akan memberikan petunjuk kepadanya daripada kesesatan serta Allah akan memeliharanya daripada keburukan hisab di hari kiamat. Ini kerana, Allah berfirman: “Maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku itu nescaya dia tidak akan sesat dan dia tidak pula akan menderita azab sengsara.” [Taha: 123]

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1493, hadis nombor 7613. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

( ضعيف جداً) عن ابن عباس قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: من اتبع كتاب الله؛ هداه الله من الضلالة، ووقاه سوء الحساب يوم القيامة، وذلك أن الله يقول: “فمن اتبع هداي فلا يضل ولا يشقى”. [طب، ((الضعيفة)) (4531)]

(Sangat Lemah) Daripada Abdullah bin Abbas R.A, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang mengikut kitab Allah, maka Allah akan memberikan petunjuk kepadanya daripada kesesatan, serta Allah akan memeliharanya daripada keburukan hisab di hari kiamat. Ini kerana, Allah berfirman: “Maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku itu, nescaya dia tidak akan sesat dan dia tidak pula akan menderita azab sengsara.” [Taha: 123][Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4531]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.