Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنِ اتَّبَعَ كِتَابَ اللَّهِ هَدَاهُ اللَّهُ مِنَ الضَّلَالَةِ، وَوَقَاهُ سُوءَ الْحِسَابِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، وَذَلِكَ أَنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ: {فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَى} [طه: 123]
Teks Bahasa Melayu
Barangsiapa yang mengikut kitab Allah, maka Allah akan memberikan petunjuk kepadanya daripada kesesatan serta Allah akan memeliharanya daripada keburukan hisab di hari kiamat. Ini kerana, Allah berfirman: “Maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.” [Taha: 123]
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1493, hadis no. 7613. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
( ضعيف جداً) عن ابن عباس قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: من اتبع كتاب الله؛ هداه الله من الضلالة، ووقاه سوء الحساب يوم القيامة، وذلك أن الله يقول: "فمن اتبع هداي فلا يضل ولا يشقى". [طب، ((الضعيفة)) (4531)]
(Sangat Lemah) Daripada Abdullah bin Abbas RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang mengikut kitab Allah, maka Allah akan memberikan petunjuk kepadanya daripada kesesatan, serta Allah akan memeliharanya daripada keburukan hisab di hari kiamat. Ini kerana, Allah berfirman: “Maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku itu nescaya dia tidak akan sesat dan dia tidak pula akan menderita azab sengsara.” [Taha: 123][Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4531]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman