Barangsiapa yang menghina orang alim tanpa alasan yang benar

TEKS BAHASA ARAB

من أذل عالما بغير حق أذله الله يوم القيامة على رؤوس الخلائق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang menghina orang alim tanpa alasan yang benar, maka Allah akan menghinanya di hadapan makhluk-makhluk pada hari kiamat kelak.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 23. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

عَن أنس رَفعه «مَنْ أَذَلَّ عَالِمًا بِغَيْرِ حَقٍّ أَذَلَّهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى رُؤُوس الْخَلَائق» من نُسْخَة سمْعَان بن الْمهْدي المكذوبة.

Daripada Anas yang diriwayatkan secara marfu’:
“Barangsiapa yang menghina orang alim tanpa alasan yang benar, maka Allah akan menghinanya di hadapan makhluk-makhluk pada hari kiamat kelak.”
Ia diambil daripada nuskhah Sam’an bin Al-Mahdi yang telah dipalsukan.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs