Barangsiapa yang menganggap esok adalah ajalnya, maka dia telah bersahabat buruk dengan kematian

TEKS BAHASA ARAB

من عد غداً من أجله؛ فقد أساء صحبة الموت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang menganggap esok adalah ajalnya, maka dia telah bersahabat buruk dengan kematian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 622, hadis nombor 3237. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الصادق جعفر بن محمد عن أبيه عن آبائه مرفوعا: ((من عد غداً من أجله؛ فقد أساء صحبة الموت)). [النعالي في ((حديثه))، خط، ((الضعيفة)) (4621)].

(Lemah)
Daripada al-Sadiq Jaafar bin Muhammad daripada ayahnya daripada ayahnya secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Barangsiapa yang menganggap esok adalah ajalnya, maka dia telah bersahabat buruk dengan kematian.))
[Riwayat al-Na’ali dalam Hadis, dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4621]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs