Classification icon

Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Barangsiapa yang mengambil topi besi untuk berjihad di jalan Allah

Teks Bahasa Arab

حديث: "مَنِ اتَّخَذَ مِغْفَرًا لِيُجَاهِدَ بِهِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ غُفِرَ لَهُ وَمَنِ اتَّخَذَ بَيْضَةً بَيَّضَ اللَّهُ وَجْهَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَمَنِ اتَّخَذَ دِرْعًا كَانَتْ لَهُ سِتْرًا مِنَ النَّارِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ".

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Barangsiapa yang mengambil topi besi untuk berjihad dengannya di jalan Allah, diampunkan dosa baginya dan barangsiapa yang mengambil telur putih, Allah akan memutihkan wajahnya pada hari kiamat dan barangsiapa yang memakai baju besi baginya penghalang dari api neraka pada hari kiamat.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 208, hadis no. 1. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن الحسن البصري مرفوعا قال الخطيب: منكر جدا مع إرساله.

Al-Khatib meriwayatkan daripada Hassan al-Basri secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi),Al-Khatib berkata: Hadith ini sangat lemah disertakan dengan terputus sanadnya.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.