Barangsiapa yang mengajarkan satu ayat daripada Kitabullah kepada saudaranya

TEKS BAHASA ARAB

من علم أخاه آية من كتاب الله فقد ملك رقه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang mengajarkan satu ayat daripada Kitabullah kepada saudaranya, maka dia telah memiliki saudaranya (menjadi hamba).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 18. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَفِي الذيل «مَنْ عَلَّمَ أَخَاهُ آيَةً مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَقَدْ مَلَكَ رِقَّهُ» قَالَ ابْن تَيْمِية مَوْضُوع وَهُوَ كَمَا قَالَ.

Dalam kitab Al-Zayl:
Maksudnya: “Barangsiapa yang mengajarkan satu ayat daripada Kitabullah kepada saudaranya, maka dia telah memiliki saudaranya (menjadi hamba).”
Ibn Al-Taimiyyah menyebut: "Palsu" dan ia adalah seperti yang beliau katakan.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs