Barangsiapa yang mengahwinkan keturunannya dengan orang-orang fasik

TEKS BAHASA ARAB

من زوج كريمته من فاسق؛ فقد قطع رحمها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang mengahwinkan keturunannya dengan orang-orang fasik, maka dia telah memotong rahimnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 928, hadis nombor 4771. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من زوج كريمته من فاسق؛ فقد قطع رحمها)).
[عد، ابن حبان في ((المجروحين))، ((الضعيفة)) (2062، 5796)].

(Palsu)
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barangsiapa yang mengahwinkan keturunannya dengan orang-orang fasik, maka dia telah memotong rahimnya.
[Riwayat Ibnu ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa, dan Ibn Hibban dalam al-Majruhin. Lihat Silsilah al- Da’ifah, no. 2062, 5796].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs