Barangsiapa yang menduduki sesuatu negara hendaklah dia menunaikan solat mukim

TEKS BAHASA ARAB

من تأهل في بلد؛ فليصل صلاة المقيم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang menduduki sesuatu negara hendaklah dia menunaikan solat mukim.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 945, hadis nombor 4872. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن عبد الرحمن بن أبي ذباب عن أبيه: أن عثمان بن عفان – رضي الله عنه – صلى بمنى أربع ركعات، فأنكره الناس عليه، فقال: يا أيها الناس! إني تأهلت بمكة منذ قدمت، وإني سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((من تأهل في بلد؛ فليصل صلاة المقيم)).
[حم، الحميدي، الضياء، ((الضعيفة)) (4570)].

(Lemah)
Daripada Abdullah bin Abdurrahman bin Abu Zubab daripada ayahnya: Bahawa Uthman bin Affan RA telah bersembahyang empat rakaat di Mina, lalu penduduk (di situ) membantah perbuatannya. Maka Uthman berkata: “Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah lama mendiami Mekah sejak dahulu, dan aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menduduki sesuatu negara hendaklah dia menunaikan solat mukim”.
[Musnad Aḥmad bin Ḥanbal, al-Humaidi, al-Dhiya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4570].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs