Barangsiapa yang mencintai orang Arab, maka kecintaanku bersama mereka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله – تبارك وتعالى – خلق السماوات، فاختار العليا، فأسكنها من شاء من خلقه، ثم خلق الخلق فاختار من الخلق بني آدم، واختار من بني آدم العرب، واختار من العرب مضر، واختار من مضر قريشاً، واختار من قريش بني هاشم، واختارني من بني هاشم، فأنا من بني هاشم، من خيار إلى خيار، فمن أحب العرب فبحبي أحبهم، ومن أبغض العرب فببغضي أبغضهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah – Tabaraka wa Ta’ala – Dia telah menjadikan langit, maka Dia memilih yang tempat tertinggi, maka Dia meletakkan di dalamnya sesiapa yang Dia kehendaki daripada kalangan makhluk-Nya, kemudian Dia menjadikan makhluk dan dipilih di antara makhluk itu Bani Adam. Kemudian, dalam kalangan Bani Adam dipilih orang Arab, dan dalam kalangan orang Arab, dipilih daripada kaum Mudhor, dan dipilih daripada kaum Mudhor kaum Quraisy, dan dipilih daripada kaum Quraisy iaitu Bani Hasyim. Aku berasal daripada Bani Hasyim, pilihan yang terbaik daripada banyak pilihan. Maka barangsiapa yang mencintai orang Arab, maka kecintaanku bersama mereka, dan sesiapa yang membenci orang Arab, kebencianku bersama mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1824, hadis nombor 9196. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن عمر- رضي الله عنهما-، قال: بينا نحن جلوس بفناء رسول الله – صلى الله عليه وسلم – إذ مرت امرأة، فقال رجل من القوم هذه ابنة محمد، فقال أبو سفيان: إن مثل محمد في بني هاشم مثل الريحانة في وسط النتن، فانطلقت المرأة، فأخبرت النبي – صلى الله عليه وسلم-، فخرج -النبي صلى الله عليه وسلم- يُعَرّف الغضب في وجهه: فقال: ((ما بال أقوال تبلغني عن أقوام إن الله – تبارك وتعالى – خلق السماوات، فاختار العليا، فأسكنها مَن شاء مِن حَلَقه، ثم خلق الخلق فاختار من الخلق بني آدم، واختار من بني آدم العرب، واختار من العرب مضر، واختار من مضر قريشاً، واختار من قريش بني هاشم، واختارني من بني هاشم، فأنا من بني هاشم، من خيار إلى خيار، فَمَنْ أحَبّ العرب فبحبي أحبهم، ومن أبغض العرب فببغضي أبغضهم)). [ك، عق، ((الضعيفة)) (338، 3038)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin Umar RA berkata: Ketika kami sedang duduk di halaman rumah Rasulullah SAW, seorang wanita berjalan melewati kami. Lalu, seorang lelaki daripada perkumpulan berkata: “Ini adalah puteri Muhammad.” Abu Sufyan berkata: “ Sesungguhnya Muhamad dalam kalangan Bani Hasyim itu umpama pokok raihan (wangi) di tengah bau busuk.” Perempuan itu pun pergi dari situ dan memberitahu (tentang kata-kata Abu Sufyan) kepada Nabi SAW. Lalu, Nabi SAW keluar menemui mereka, kelihatan kemarahan di wajah Baginda. Baginda bersabda: “Apakah benar perkataan yang sampai kepadaku tentang kejadian manusia? Sesungguhnya Allah – Tabaraka wa Ta’ala – Dia telah menjadikan langit, maka Dia memilih yang tempat tertinggi, maka Dia meletakkan di dalamnya sesiapa yang Dia kehendaki daripada kalangan makhluk-Nya, kemudian Dia menjadikan makhluk dan dipilih di antara makhluk itu Bani Adam. Kemudian, dalam kalangan Bani Adam dipilih orang Arab, dan dalam kalangan orang Arab, dipilih daripada kaum Mudhor, dan dipilih daripada kaum Mudhor kaum Quraisy, dan dipilih daripada kaum Quraisy iaitu Bani Hasyim. Aku berasal daripada Bani Hasyim, pilihan yang terbaik daripada banyak pilihan. Maka barangsiapa yang mencintai orang Arab, maka kecintaanku bersama mereka, dan sesiapa yang membenci orang Arab, kebencianku bersama mereka.” [Riwayat Mustadrak al-Ḥākim, dan al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.338,2038]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.