Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ - تَبارَك وتَعالى - خَلقَ السَّماواتِ، فَاختارَ العُليا، فأَسكنَها مَن شاءَ مِن خَلقِه، ثُمَّ خَلَقَ الخَلقَ فاختارَ مِن الخَلقِ بَني آدمَ، وَاختارَ مِن بَني آدمَ العَربَ، واختارَ مِن العَربِ مُضَرَ، وَاختارَ مِن مُضرَ قُريشًا، وَاختارَ مِن قُريشٍ بَني هاشمٍ، وَاختارَني مِن بَني هاشمٍ، فأَنا مِن بَني هاشمٍ، مِن خيارٍ إلى خيارٍ، فَمَن أَحبَّ العَربَ فبِحُبِّي أَحبَّهم، وَمَن أَبغضَ العَربَ فبِبُغْضي أَبغَضَهم.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah - Tabaraka wa Ta'ala - Dia telah menjadikan langit, maka Dia memilih yang tempat tertinggi, maka Dia meletakkan di dalamnya sesiapa yang Dia kehendaki daripada kalangan makhluk-Nya, kemudian Dia menjadikan makhluk dan dipilih di antara makhluk itu Bani Adam. Kemudian, dalam kalangan Bani Adam dipilih orang Arab, dan dalam kalangan orang Arab, dipilih daripada kaum Mudhor, dan dipilih daripada kaum Mudhor kaum Quraisy, dan dipilih daripada kaum Quraisy iaitu Bani Hasyim. Aku berasal daripada Bani Hasyim, pilihan yang terbaik daripada banyak pilihan. Maka barangsiapa yang mencintai orang Arab, maka kecintaanku bersama mereka, dan sesiapa yang membenci orang Arab, kebencianku bersama mereka.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1824, hadis no. 9196. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Abdullah bin Umar RA berkata: Ketika kami sedang duduk di halaman rumah Rasulullah SAW, seorang wanita berjalan melewati kami. Lalu, seorang lelaki daripada perkumpulan berkata: “Ini adalah puteri Muhammad.” Abu Sufyan berkata: “ Sesungguhnya Muhamad dalam kalangan Bani Hasyim itu umpama pokok raihan (wangi) di tengah bau busuk.” Perempuan itu pun pergi dari situ dan memberitahu (tentang kata-kata Abu Sufyan) kepada Nabi SAW. Lalu, Nabi SAW keluar menemui mereka, kelihatan kemarahan di wajah Baginda. Baginda bersabda: “Apakah benar perkataan yang sampai kepadaku tentang kejadian manusia? Sesungguhnya Allah - Tabaraka wa Ta'ala - Dia telah menjadikan langit, maka Dia memilih yang tempat tertinggi, maka Dia meletakkan di dalamnya sesiapa yang Dia kehendaki daripada kalangan makhluk-Nya, kemudian Dia menjadikan makhluk dan dipilih di antara makhluk itu Bani Adam. Kemudian, dalam kalangan Bani Adam dipilih orang Arab, dan dalam kalangan orang Arab, dipilih daripada kaum Mudhor, dan dipilih daripada kaum Mudhor kaum Quraisy, dan dipilih daripada kaum Quraisy iaitu Bani Hasyim. Aku berasal daripada Bani Hasyim, pilihan yang terbaik daripada banyak pilihan. Maka barangsiapa yang mencintai orang Arab, maka kecintaanku bersama mereka, dan sesiapa yang membenci orang Arab, kebencianku bersama mereka.” [Riwayat Mustadrak al-Ḥākim, dan al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.338,2038]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman