Barangsiapa yang mempunyai dua orang anak perempuan, saudara perempuan atau ibu saudara sebelah bapa dan ibu

TEKS BAHASA ARAB

من كن له ابنتان أو أختان أو عمتان أو خالتان فعالهن فتحت له الثمانية أبواب الجنة يا عباد الله أغيثوه يا عباد الله أعطوه يا عباد الله أقرضوه

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang mempunyai dua orang anak perempuan, saudara perempuan atau ibu saudara sebelah bapa dan ibu, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka lapan pintu syurga akan dibuka baginya .Wahai hamba-hamba Allah, bantulah dia. Wahai hamba-hamba Allah, berikanlah kepadanya. Wahai hamba-hamba Allah, berilah pinjaman kepadanya.

STATUS

Terlalu Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 908, hadis nombor 4644. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن عائشة رضي الله عنها قالت قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من كن له ابنتان أو أختان أو عمتان أو خالتان فعالهن، فتحت له الثمانية أبواب الجنة، يا عباد الله أغيثوه يا عباد الله أعطوه يا عباد الله أقرضوه. [طس, الضعيفة (6862)]

(Terlalu Munkar) Daripada ‘Aisyah RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang mempunyai dua orang anak perempuan, saudara perempuan atau ibu saudara sebelah bapa dan ibu, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka lapan pintu syurga akan dibuka baginya .Wahai hamba-hamba Allah, bantulah dia. Wahai hamba-hamba Allah, berikanlah kepadanya. Wahai hamba-hamba Allah, berilah pinjaman kepadanya. [Al-Tabrani di dalam Al-Mu’jam Al-Awsat, Al-Dha’ifah no. 6862]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs