Barangsiapa yang mempunyai dua orang anak atau saudara perempuan

TEKS BAHASA ARAB

من كانت له ابنتان أو أخت فأحسن إليهما ما صحبتاه كنت أنا وهو في الجنة كهاتين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang mempunyai dua orang anak atau saudara perempuan lalu dia berbuat baik kepada keduanya serta bersahabat dengan keduanya maka aku dan dia akan berada di syurga seperti dua jari ini.

STATUS

Hasan gharib

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 131. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«مَنْ كَانَتْ لَهُ ابْنَتَانِ أَوْ أُخْتٌ فَأَحْسَنَ إِلَيْهِمَا مَا صَحِبَتَاهُ كُنْتُ أَنَا وَهُوَ فِي الْجَنَّةِ كهاتين» للخرائطي ضَعِيف. قلت وللترمذي محسنا مغربا.

“Barangsiapa yang mempunyai dua orang anak atau saudara perempuan lalu dia berbuat baik kepada keduanya serta bersahabat dengan keduanya maka aku dan dia akan berada di syurga seperti dua jari ini.”
Ianya diriwayatkan oleh al-Kharaiti. Ia adalah hadith daif. Saya katakan: Ianya diriwayatkan oleh al-Tirmizi. Beliau menilainya sebagai hasan dan gharib.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs