Barangsiapa yang mempertemukan saudara se-Islamnya dengan sesuatu yang dia sukai untuk menggembirakannya

TEKS BAHASA ARAB

من لقي أخاه المسلم بما يحب ليسره، سره الله يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang mempertemukan saudara se-Islamnya dengan sesuatu yang dia sukai untuk menggembirakannya, maka Allah SWT akan menggembirakannya pada hari kiamat kelak.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 183, hadis nombor 937. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((من لقي أخاه المسلم بما يحب ليسره، سره الله يوم القيامة)). [الدولابي، ((الضعيفة)) (1286)]

(Munkar)
Daripada Anas bin Malik RA beliau berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang mempertemukan saudara se-Islamnya dengan sesuatu yang dia sukai untuk menggembirakannya, maka Allah SWT akan menggembirakannya pada hari kiamat kelak.
[Riwayat al-Dulabi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1286]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs