Barangsiapa yang mempelajari mana-mana bab daripada ilmu

TEKS BAHASA ARAB

من تعلم بابا من العلم ليعلمه الناس ابتغاء وجه الله، أعطاه الله أجر سبعين نبيا

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang mempelajari mana-mana bab daripada ilmu untuk diajarkan kepada orang ramai semata-mata mencari keredaan Allah, maka Allah SWT akan memberikan kepadanya pahala yang menyamai 70 para nabi.

STATUS

Terdapat perawi bermasalah pada sanadnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 18. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«مَنْ تَعَلَّمَ بَابًا مِنَ الْعِلْمِ لِيُعَلِّمَهُ النَّاسَ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ أَعْطَاهُ اللَّهُ أَجْرَ سَبْعِينَ نَبِيًّا» فِيهِ الْجَارُود بن يزِيد كَذَّاب أَو غير ثِقَة أَو لَيْسَ بِشَيْء أَو مَتْرُوك، أَقْوَال.

Maksudnya: “Barangsiapa yang mempelajari mana-mana bab daripada ilmu untuk diajarkan kepada orang ramai semata-mata mencari keredaan Allah, maka Allah SWT akan memberikan kepadanya pahala yang menyamai 70 para nabi.”
Dalam sanad hadis ini terdapat Al-Jarud bin Yazid. Ada beberapa pandangan tentang beliau; ada yang mengatakan beliau ialah seorang pendusta, ada yang menyebut beliau tidak thiqah, ada yang menyatakan bahawa beliau tiada apa-apa kelayakan untuk meriwayatkan hadis dan ada juga yang menilai beliau sebagai seorang yang Matruk.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs