Terdapat perawi bermasalah pada sanadnya
4 minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ تَعَلَّمَ بَابًا مِنَ الْعِلْمِ لِيُعَلِّمَهُ النَّاسَ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ أَعْطَاهُ اللَّهُ أَجْرَ سَبْعِينَ نَبِيًّا
Teks Bahasa Melayu
Barangsiapa yang mempelajari mana-mana bab daripada ilmu untuk diajarkan kepada orang ramai semata-mata mencari keredaan Allah, maka Allah SWT akan memberikan kepadanya pahala yang menyamai 70 para nabi.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Terdapat perawi bermasalah pada sanadnya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 18. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
«مَنْ تَعَلَّمَ بَابًا مِنَ الْعِلْمِ لِيُعَلِّمَهُ النَّاسَ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ أَعْطَاهُ اللَّهُ أَجْرَ سَبْعِينَ نَبِيًّا» فِيهِ الْجَارُود بن يزِيد كَذَّاب أَو غير ثِقَة أَو لَيْسَ بِشَيْء أَو مَتْرُوك، أَقْوَال.
“Barangsiapa yang mempelajari mana-mana bab daripada ilmu untuk diajarkan kepada orang ramai semata-mata mencari keredaan Allah, maka Allah SWT akan memberikan kepadanya pahala yang menyamai 70 para nabi.” Dalam sanad hadis ini terdapat al-Jarud bin Yazid. Ada beberapa pandangan tentang beliau; ada yang mengatakan beliau ialah seorang pendusta, ada yang menyebut beliau tidak thiqah, ada yang menyatakan bahawa beliau tiada apa-apa kelayakan untuk meriwayatkan hadis dan ada juga yang menilai beliau sebagai seorang yang Matruk.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman