Barangsiapa yang mempelajari ilmu ketika dia di zaman pemuda

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من تعلم العلم وهو شاب كان بمنزلة رسم في حجر ومن تعلمه بعد ما كبر فهو بمنزلة كتاب على ظهر الماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang mempelajari ilmu ketika dia di zaman pemuda, ianya seperti melukis pada batu. Dan barangsiapa yang mempelajarinya selepas dia menjadi dewasa, ianya seperti menulis di atas permukaan air.

STATUS

Terdapat perawi bermasalah pada sanadnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 22. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَفِي الْوَجِيز «مَنْ تَعَلَّمَ الْعِلْمَ وَهُوَ شَابٌّ كَانَ بِمَنْزِلَةِ رَسْمٍ فِي حَجَرٍ وَمَنْ تَعَلَّمَهُ بَعْدَ مَا كَبُرَ فَهُوَ بِمَنْزِلَةِ كِتَابٍ عَلَى ظَهْرِ المَاء» فِيهِ بَقِيَّة مُدَلّس.

Dalam kitab Al-Wajiz:
“Barangsiapa yang mempelajari ilmu ketika dia di zaman pemuda, ianya seperti melukis pada batu. Dan barangsiapa yang mempelajarinya selepas dia menjadi dewasa, ianya seperti menulis di atas permukaan air.”
Dalam sanad hadis ini, terdapat seorang perawi yang bernama Baqiyyah (bin Al-Walid); beliau ialah seorang yang melakukan tadlis.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.