Terdapat perawi bermasalah pada sanadnya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ تَعَلَّمَ الْعِلْمَ وَهُوَ شَابٌّ كَانَ بِمَنْزِلَةِ رَسْمٍ فِي حَجَرٍ وَمَنْ تَعَلَّمَهُ بَعْدَ مَا كَبُرَ فَهُوَ بِمَنْزِلَةِ كِتَابٍ عَلَى ظَهْرِ المَاء.
Teks Bahasa Melayu
Barangsiapa yang mempelajari ilmu ketika dia di zaman pemuda, Ia seperti melukis pada batu. Dan barangsiapa yang mempelajarinya selepas dia menjadi dewasa, Ia seperti menulis di atas permukaan air.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Terdapat perawi bermasalah pada sanadnya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 22. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وَفِي الْوَجِيز «مَنْ تَعَلَّمَ الْعِلْمَ وَهُوَ شَابٌّ كَانَ بِمَنْزِلَةِ رَسْمٍ فِي حَجَرٍ وَمَنْ تَعَلَّمَهُ بَعْدَ مَا كَبُرَ فَهُوَ بِمَنْزِلَةِ كِتَابٍ عَلَى ظَهْرِ المَاء» فِيهِ بَقِيَّة مُدَلّس.
Dalam kitab al-Wajiz: “Barangsiapa yang mempelajari ilmu ketika dia di zaman pemuda, Ia seperti melukis pada batu. Dan barangsiapa yang mempelajarinya selepas dia menjadi dewasa, Ia seperti menulis di atas permukaan air.” Dalam sanad hadis ini, terdapat seorang perawi yang bernama Baqiyyah (bin al-Walid); beliau ialah seorang yang melakukan tadlis.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman