Barangsiapa yang meminta dihalalkan (nikah) dengan dirham, maka dia telah dihalalkan

TEKS BAHASA ARAB

‌من استحل بدرهم؛ فقد استحل. يعني: النكاح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang meminta dihalalkan dengan dirham, maka dia telah dihalalkan. Maksudnya: Nikah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 945, hadis nombor 4870. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

‌(ضعيف)
عن لبيبة الأنصاري مرفوعا: ((من استحل بدرهم؛ فقد استحل. يعني: النكاح)).
[ش، ع، هق، ((عيفة)) (4543)].

(Lemah)
Daripada Labibah al-Ansari secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barangsiapa yang meminta dihalalkan dengan dirham, maka dia telah dihalalkan. Maksudnya: Nikah.
[Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf, Abi Ya’la dalam al-Musnad, Ibn Majah dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4543].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs