Barangsiapa yang memikul barangannya sendiri, maka dia telah bebas daripada sifat sombong

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من حمل سلعته فقد برىء من الكبر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang memikul barangannya sendiri, maka dia telah bebas daripada sifat sombong.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 182, hadis nombor 934. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من حمل سلعته فقد برىء من الكبر)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، القضاعي، ((الضعيفة)) (1051)]

(Palsu)
Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barangsiapa yang memikul barangannya sendiri, maka dia telah bebas daripada sifat sombong.
[Riwayat Abu Nu’aym dalam Akhbar Asbahan dan al-Quda’ie. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1051]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.