Barangsiapa yang membunuh katak, maka dia harus menyembelih seekor kambing

TEKS BAHASA ARAB

من قتل ضفدعا؛ فعليه شاة محرما كان أو حلالا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang membunuh katak, maka dia harus menyembelih seekor kambing, samada dia sedang berihram atau tidak

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 809, hadis nombor 4172. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن جابر –رضي الله عنه- قال: قال رسول الله –صلى الله عليه وسلم-: ((من قتل ضفدعا؛ فعليه شاة محرما كان أو حلالا)). قال سفيان: يقال أنه ليس شئ أكثر ذكرا لله منه)).
[عد، ((الضعيفة)) (5711)].

(Sangat Lemah) Daripada Jabir RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang membunuh katak, maka dia harus menyembelih seekor kambing, samada dia sedang berihram atau tidak.” Sufyan berkata: Dikatakan: Tiada yang lebih banyak berzikir kepada Allah lebih dari katak.”
[Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5711]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs