Barangsiapa yang membawa apa-apa benda yang kecil daripada pasar kepada anaknya

TEKS BAHASA ARAB

من حمل طرفة من السوق إلى ولده كان كحامل صدقة وابدؤوا بالإناث فَإن الله تعالى رق للإناث ومن رق لأنثى كان كمن بكى من خشية الله ومن بكى من خشية الله غفر له ومن فرح أنثى فرحه الله تعالى يوم الحزن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang membawa apa-apa benda yang kecil daripada pasar kepada anaknya maka dia seperti pembawa sedekah. Mulakanlah dengan perempuan. Sesungguhnya Allah sangat lembut kepada manusia. Barangsiapa yang berlaku lembut kepada orang perempuan maka dia adalah seperti orang yang menangis kerana takutkan Allah. Barangsiapa yang menangis kerana takutkan Allah maka Allah akan mengampunkan dosanya. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuan maka Allah akan mengembirakannya pada hari Kesedihan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 131. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَقَالَ الذَّهَبِيّ مقارب الْحَال إِن شَاءَ الله «مَنْ حَمَلَ طُرْفَةً مِنَ السُّوقِ إِلَى وَلَدِهِ كَانَ كَحَامِلِ صَدَقَةٍ وابدؤوا بالإناث فَإِن الله تَعَالَى رَقَّ لِلإِنَاثِ وَمَنْ رَقَّ لأُنْثَى كَانَ كَمَنْ بَكَى مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَمَنْ بَكَى مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ غُفِرَ لَهُ وَمَنْ فَرَّحَ أُنْثَى فَرَّحَهُ اللَّهُ تَعَالَى يَوْمَ الْحزن» مَوْضُوع قلت لَهُ طرق.

Imam al-Zahabi berkata: Hal yang sama: “Barangsiapa yang membawa apa-apa benda yang kecil daripada pasar kepada anaknya maka dia seperti pembawa sedekah. Mulakanlah dengan perempuan. Sesungguhnya Allah sangat lembut kepada manusia. Barangsiapa yang berlaku lembut kepada orang perempuan maka dia adalah seperti orang yang menangis kerana takutkan Allah. Barangsiapa yang menangis kerana takutkan Allah maka Allah akan mengampunkan dosanya. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuan maka Allah akan mengembirakannya pada hari Kesedihan.”
Hadith ini adalah hadith yang palsu. Saya katakan: Hadith ini mempunyai jalur periwayatan yang lain.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs