Barangsiapa yang membantu untuk menghantar surat

TEKS BAHASA ARAB

من بلغ الغازي إلى أهله أو كتاب أهله إليه، كان له بكل حرف فيه عتق رقبة، وأعطاه الله كتابه بيمينه وكتب له براءة من النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang membantu untuk menghantar surat dari orang yang berperang di jalan Allah untuk sampai kepada keluarganya, atau menyampaikan surat dari ahli keluarganya kepadanya di medan peperangan, bagi (orang yang menolong itu) pahala dari setiap huruf yang ditulis, semisal pahala membebaskan hamba, dan Allah bakal memberikannya kitab amalannya kelak di hari kiamat dengan tangan kanannya (khabar gembira sebagai ahli syurga), dan Allah menetapkan bagi dirinya pembebasan daripada api neraka.

STATUS

Sangat munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1034, hadis nombor 5300. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن معاذ بن جبل – رضي الله عنه – قال: قال – صلى الله عليه وسلم -: ((من بلغ الغازي إلى أهله أو كتاب أهله إليه، كان له بكل حرف فيه عتق رقبة، وأعطاه الله كتابه بيمينه وكتب له براءة من النار)). [هب، ((الضعيفة))(6835)]

(Sangat Munkar)
Daripada Mu’az bin Jabal RA (beliau) berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda: Barangsiapa yang membantu untuk menghantar surat dari orang yang berperang di jalan Allah untuk sampai kepada keluarganya, atau menyampaikan surat dari ahli keluarganya kepadanya di medan peperangan, bagi (orang yang menolong itu) pahala dari setiap huruf yang ditulis, semisal pahala membebaskan hamba, dan Allah bakal memberikannya kitab amalannya kelak di hari kiamat dengan tangan kanannya (khabar gembira sebagai ahli syurga), dan Allah menetapkan bagi dirinya pembebasan daripada api neraka.
[Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 6835].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs