Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من بَلَّغَ الغازِي إلى أهلِه أو كتابَ أهلِهِ إليهِ كانَ لهُ بكلِّ حرفٍ فيهِ عتقُ رقبةٍ وأعطاهُ اللهُ كتابَه بيمينِه وكَتَبَ لهُ براءةً من النارِ.
Teks Bahasa Melayu
Barangsiapa yang membantu untuk menghantar surat dari orang yang berperang di jalan Allah untuk sampai kepada keluarganya, atau menyampaikan surat dari ahli keluarganya kepadanya di medan peperangan, bagi (orang yang menolong itu) pahala dari setiap huruf yang ditulis, semisal pahala membebaskan hamba, dan Allah bakal memberikannya kitab amalannya kelak di hari kiamat dengan tangan kanannya (khabar gembira sebagai ahli syurga), dan Allah menetapkan bagi dirinya pembebasan daripada api neraka.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1034, hadis no. 5300. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا) عن معاذ بن جبل - رضي الله عنه - قال: قال - صلى الله عليه وسلم -: ((من بلغ الغازي إلى أهله أو كتاب أهله إليه، كان له بكل حرف فيه عتق رقبة، وأعطاه الله كتابه بيمينه وكتب له براءة من النار)). [هب، ((الضعيفة))(6835)]
(Sangat Munkar) Daripada Mu’az bin Jabal RA (beliau) berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda: Barangsiapa yang membantu untuk menghantar surat dari orang yang berperang di jalan Allah untuk sampai kepada keluarganya, atau menyampaikan surat dari ahli keluarganya kepadanya di medan peperangan, bagi (orang yang menolong itu) pahala dari setiap huruf yang ditulis, semisal pahala membebaskan hamba, dan Allah bakal memberikannya kitab amalannya kelak di hari kiamat dengan tangan kanannya (khabar gembira sebagai ahli syurga), dan Allah menetapkan bagi dirinya pembebasan daripada api neraka. [Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 6835].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman