Barangsiapa yang membacanya sebanyak dua ratus kali akan dimasukkan ke dalam syurga Firdaus

TEKS BAHASA ARAB

قال جبريل: يا محمد! (قل هو الله أحد) : ليس له عروق فتتشعب إليه. (الله الصمد) : ليس بالأجوف، لا يأكل ولا يشرب. (لم يلد ولم يولد) : ليس له ولد ولا والد ينسب إليه. (ولم يكن له كفواً أحد) : ليس من خلقه شيء يعدل [مكانه] ، يمسك السماوات والأرض إن زالتا. هذه السورة ليس فيها ذكر جنة ولا نار، [ولا دنيا ولا آخرة، ولا حلال ولا حرام] ؛ انتسب الله عز وجل إليها؛ فهي له خالصة، [من قرأها ثلاث مرات؛ عدل بقراءة الوحي كله ومن قرأها ثلاثين مرة؛ لم يفضله أحد من أهل الدنيا يومئذ؛ إلا من زاد على ما قال، ومن قرأها مئتي مرة؛ أسكن من الفردوس سكناً يرضاه، ومن قرأها حين يدخل منزله ثلاث مرات؛ نفت عنه الفقر، ونفعت الجار. وبات رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقرؤها ويرددها حتى أصبح].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril AS berkata: "Wahai Muhammad! “Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.” Tidak ada bagi-Nya urat yang bercabang daripadanya. “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.” Tidak mempunyai rongga, tidak makan dan minum. “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan.” Tidak ada bagi-Nya anak dan tidak juga bapa yang dinasabkan kepadanya. “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya.” Tidak ada sesuatu daripada makhluk-Nya yang menyamai (kedudukannya), menahan langit sekiranya ia bergerak. Surah ini tidak disebutkan padanya syurga dan tidak juga neraka. [Tidak disebutkan dunia dan tidak juga akhirat serta tidak perkara yang halal dan tidak juga perkara yang haram] Allah telah menisbahkannya kepada-Nya dan bagi-Nya semata-mata. Barangsiapa yang membacanya sebanyak tiga kali menyamai membaca wahyu keseluruhannya dan barang siapa yang membacanya sebanyak tiga puluh kali, tidak akan ada daripada penduduk dunia yang lebih mulia daripadanya pada waktu itu melainkan orang yang melebihkan daripada apa yang diucapkan. Barangsiapa yang membacanya sebanyak dua ratus kali akan dimasukkan ke dalam syurga Firdaus yang merupakan tempat tinggal yang diredainya. Barangsiapa yang membacanya ketika memasuki rumah sebanyak tiga kali akan ternafi daripada kefakiran dan akan memberi manfaat kepada jiran tetangga.” Rasulullah SAW bermalam dengan membaca dan mengulanginya sehingga pagi.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1491, hadis nombor 7603. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس قال: أتت يهود خيبر إلى النبي – صلى الله عليه وسلم -، فقالوا: يا أبا القاسم! خلق الله الملائكة من نور الحجاب، وآدم من حمأ مسنون، وإبليس من لهب النار، والسماء من دخان، والأرض من زبد الماء، فأخبرنا عن ربك عز وجل؟ فلم يجبهم النبي – صلى الله عليه وسلم -، فأتاه جبريل عليه السلام، فقال يا محمد! "قل هو الله أحد" : ليس له عروق فتتشعب إليه. "الله الصمد": ليس بالأجوف، لا يأكل ولا يشرب. "لم يلد ولم يولد": ليس له ولد ولا والد ينسب إليه. "ولم يكن له كفواً أحد" : ليس من خلقه شيء يعدل [مكانه] ، يمسك السماوات والأرض إن زالتا. هذه السورة ليس فيها ذكر جنة ولا نار، [ولا دنيا ولا آخرة، ولا حلال ولا حرام] ؛ انتسب الله عز وجل إليها؛ فهي له خالصة، [من قرأها ثلاث مرات؛ عدل بقراءة الوحي كله ومن قرأها ثلاثين مرة؛ لم يفضله أحد من أهل الدنيا يومئذ؛ إلا من زاد على ما قال، ومن قرأها مئتي مرة؛ أسكن من الفردوس سكناً يرضاه، ومن قرأها حين يدخل منزله ثلاث مرات؛ نفت عنه الفقر، ونفعت الجار. وبات رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقرؤها ويرددها حتى أصبح]. [أبو الشيخ في العظمة، ((الضعيفة))(4843)].

(Palsu) Daripada Anas RA, dia berkata: Orang Yahudi Khaibar telah datang kepada Nabi SAW, lalu mereka berkata: "Wahai Abu al-Qasim! Allah telah menciptakan malaikat daripada cahaya yang terhijab, Adam pula daripada lumpur hitam yang diberi bentuk, Iblis daripada api yang marak menjulang, langit daripada asap dan bumi daripada buih-buih air. Maka khabarkan perihal Tuhanmu kepada kami". Nabi SAW tidak menjawab persoalan mereka. Lalu datang Jibril AS berkata: "Wahai Muhammad! “Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.” Tidak ada bagi-Nya urat yang bercabang daripadanya. “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.” Tidak mempunyai rongga, tidak makan dan minum. “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan.” Tidak ada bagi-Nya anak dan tidak juga bapa yang dinasabkan kepadanya. “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya.” Tidak ada sesuatu daripada makhluk-Nya yang menyamai (kedudukannya), menahan langit sekiranya ia bergerak. Surah ini tidak disebutkan padanya syurga dan tidak juga neraka. [Tidak disebutkan dunia dan tidak juga akhirat serta tidak perkara yang halal dan tidak juga perkara yang haram] Allah telah menisbahkannya kepada-Nya dan bagi-Nya semata-mata. Barangsiapa yang membacanya sebanyak tiga kali menyamai membaca wahyu keseluruhannya dan barang siapa yang membacanya sebanyak tiga puluh kali, tidak akan ada daripada penduduk dunia yang lebih mulia daripadanya pada waktu itu melainkan orang yang melebihkan daripada apa yang diucapkan. Barangsiapa yang membacanya sebanyak dua ratus kali akan dimasukkan ke dalam syurga Firdaus yang merupakan tempat tinggal yang diredainya. Barangsiapa yang membacanya ketika memasuki rumah sebanyak tiga kali akan ternafi daripada kefakiran dan akan memberi manfaat kepada jiran tetangga.” Rasulullah SAW bermalam dengan membaca dan mengulanginya sehingga pagi. [Riwayat Abu al-Shaykh di dalam al-‘Azhamah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4843]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.