Barangsiapa yang membaca Maha Suci Allah dengan pujianNya

TEKS BAHASA ARAB

من قال: (سبحان الله وبحمده) ، كان مثل مئة رقبة تعتق، إذا قالها مئة مرة، ومن قال: (الحمد لله) مئة مرة، كان عدل مئة فرس مسرج ملجم في سبيل الله، ومن قال:! الله أكبر) مئة مرة، كان عدل مئة بدنة تنحر بمكة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang membaca: Maha Suci Allah dengan pujian-Nya, maka ia umpama membebaskan seratus hamba sekiranya dia membacanya sebanyak seratus kali. Barang siapa yang mengucap: Segala puji bagi Allah sebanyak seratus kali, maka ia seperti seratus tentera berkuda yang bergerak di jalan Allah, dan barang siapa yang menyebut: Allah Maha Besar sebanyak seratus kali maka ia seperti seratus seratus lembu yang disembelih di Makkah.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1598, hadis nombor 8071. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة -رضي الله عنه- قال: قال -صلى الله عليه وسلم- ((من قال: (سبحان الله وبحمده)، كان مثل مئة رقبة تعتق، إذا قالها مئة مرة، ومن قال: (الحمد لله) مئة مرة، كان عدل مئة فرس مسرج ملجم في سبيل الله، ومن قال:(الله أكبر) مئة مرة، كان عدل مئة بدنةٍ تنحرُ بمكة)). [طب، ((الضعيفة)) (6619)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abi Umamah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: ((Barang siapa yang membaca: Maha Suci Allah dengan pujian-Nya, maka ia umpama membebaskan seratus hamba sekiranya dia membacanya sebanyak seratus kali. Barang siapa yang mengucap: Segala puji bagi Allah sebanyak seratus kali, maka ia seperti seratus tentera berkuda yang bergerak di jalan Allah, dan barang siapa yang menyebut: Allah Maha Besar sebanyak seratus kali maka ia seperti seratus lembu yang disembelih di Makkah.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6619].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs