Barangsiapa yang membaca al-Quran, bererti dia telah meningkatkan (sifat) kenabian dalam dirinya

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ القرآن؛ فقد استدرج النبوة بين جنبيه؛ غير أنه لا يوحى إليه، لا ينبغي لصاحب القرآن أن يجد مع من وجد، ولا يجهل مع من جهل وفي جوفه كلام الله تعالى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang membaca al-Quran, bererti dia telah meningkatkan (sifat) kenabian dalam dirinya, hanya sahaja al-Quran tidak diwahyukan kepadanya. (Maka) tidak seharusnya seorang yang membaca al-Quran mengikut perasaan bersama orang yang mengikut perasaan dan bersikap jahil bersama orang yang jahil sedangkan di dalam dirinya terdapat kalam Allah SWT.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1518, hadis nombor 7727. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو بن العاص مرفوعاً: (من قرأ القرآن؛ فقد استدرج النبوة بين جنبيه؛ غير أنه لا يوحى إليه، لا ينبغي لصاحب القرآن أن يجد مع من وجد، ولا يجهل مع من جهل وفي جوفه كلام الله تعالى). [ك، هب، وفي ((الأسماء والصفات))، ((الضعيفة)) (5118)].

(Lemah)
Daripada Abdullah bin ‘Amr Bin al-’As R.anhuma secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Barangsiapa yang membaca al-Quran, bererti dia telah meningkatkan (sifat) kenabian dalam dirinya, hanya sahaja al-Quran tidak diwahyukan kepadanya. (Maka) tidak seharusnya seorang yang membaca al-Quran mengikut perasaan bersama orang yang mengikut perasaan dan bersikap jahil bersama orang yang jahil sedangkan di dalam dirinya terdapat kalam Allah SWT."
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, dan di dalam al-Asma wa al-Sifat. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5118].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs