Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ، فَقَدْ اِسْتَدْرَجَ النُّبُوَّةَ بَيْنَ جَنْبَيْهِ؛ غَيْرَ أَنَّهُ لَا يُوحَى إِلَيْهِ، لَا يَنْبَغِي لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ أَنْ يَجِدَ مَعَ مَنْ وَجَدَ، وَلَا يَجْهَلَ مَعَ مَنْ جَهِلَ وَفِي جَوْفِهِ كَلَامُ اللَّهِ تَعَالَى.
Teks Bahasa Melayu
Barangsiapa yang membaca al-Quran, bererti dia telah meningkatkan (sifat) kenabian dalam dirinya, hanya sahaja al-Quran tidak diwahyukan kepadanya. (Maka) tidak seharusnya seorang yang membaca al-Quran mengikut perasaan bersama orang yang mengikut perasaan dan bersikap jahil bersama orang yang jahil sedangkan di dalam dirinya terdapat kalam Allah SWT.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1518, hadis no. 7727. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو بن العاص مرفوعاً: (من قرأ القرآن؛ فقد استدرج النبوة بين جنبيه؛ غير أنه لا يوحى إليه، لا ينبغي لصاحب القرآن أن يجد مع من وجد، ولا يجهل مع من جهل وفي جوفه كلام الله تعالى). [ك، هب، وفي ((الأسماء والصفات))، ((الضعيفة)) (5118)].
(Lemah) Daripada Abdullah bin ‘Amr Bin al-’As R.anhuma secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Barangsiapa yang membaca al-Quran, bererti dia telah meningkatkan (sifat) kenabian dalam dirinya, hanya sahaja al-Quran tidak diwahyukan kepadanya. (Maka) tidak seharusnya seorang yang membaca al-Quran mengikut perasaan bersama orang yang mengikut perasaan dan bersikap jahil bersama orang yang jahil sedangkan di dalam dirinya terdapat kalam Allah SWT." [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, dan di dalam al-Asma wa al-Sifat. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5118].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman