Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Barangsiapa yang memakan hasil dari sewa rumah-rumah yang ada di Mekah

Teks Bahasa Arab

من أَكَلَ من أجورِ بيوتِ مَكَّةَ ؛ فكأنما يُجَرْجرُ في بطنِهِ نارَ جَهَنَّمَ

Teks Bahasa Melayu

Barangsiapa yang memakan hasil dari sewa rumah-rumah yang ada di Mekah, seolah - olah dia mendidihkan api neraka jahanam di dalam perutnya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1876, hadis no. 9453. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما - مرفوعا: ((من أكل من أجور بيوت مكة؛ فكأنما يجرجر في بطنه نار جهنم)). [السهمي، ((الضعيفة)) (4836)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin ‘Amru RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW ): “Barangsiapa yang memakan hasil dari sewa rumah-rumah yang ada di Mekah, seolah - olah dia mendidihkan api neraka jahanam di dalam perutnya." [Riwayat al-Sahmi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4836]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.