Barangsiapa yang melazimi dirinya akan sesuatu maka untuk dia melaziminya

TEKS BAHASA ARAB

من ألزم نفسه شيئا لزمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang melazimi dirinya akan sesuatu maka untuk dia melaziminya.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 116, hadis nombor 130. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قَالَ ابْنُ تَيْمِيَةَ: الأَوَّلُ نُقِلَ عَنْ بَعْضِ السَّلَفِ. وَالثَّانِي بَاطِلٌ، فَقَدْ يَلْزَمُهُ وَقَدْ لَا يَلْزَمُهُ.

Ibn Taimiyyah telah berkata: Yang pertama tersebut, hadis telah dinukilkan daripada kalangan sebahagian para salaf. Dan yang kedua, hadis ini adalah batil dan sesungguhnya yang melaziminya itu tidak pun dilaziminya.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.