Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من صلى الضحى، وصام ثلاثة أيام من الشهر، ولم يترك الوتر في سفر، ولا حضر، كتب له أجر شهيد

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha, dan berpuasa tiga hari pada setiap bulan, tidak meninggalkan witir ketika bermusafir atau di rumah, dituliskan baginya ganjaran syahid.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1035, hadis nombor 5303. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عمر – رضي الله عنهما -، قال: قال – صلى الله عليه وسلم -: ((من صلى الضحى، وصام ثلاثة أيام من الشهر، ولم يترك الوتر في سفر، ولا حضر، كتب له أجر شهيد)). [طب، ((الضعيفة)) (6728)].

(Munkar)
Daripada Ibn Umar RA, berkata: Bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha, dan berpuasa tiga hari pada setiap bulan, tidak meninggalkan witir ketika bermusafir atau di rumah, dituliskan baginya ganjaran syahid.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 6728].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.