TEKS BAHASA ARAB
من مات في هذا الوجه من حاج أومعتمر، لم يعرض ولم يحاسب، وقيل له ادخل الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barangsiapa yang melakukan haji dan umrah seperti ini (sama seperti cara Rasulullah), lalu dia mati, tidak akan dipaparkan (amalannya) dan dia juga tidak akan dihisab. Dikatakan kepadanya: Masuklah ke dalam syurga.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 735, hadis nombor 3754. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عائشة – رضي الله عنها -، قالت: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((من مات في هذا الوجه من حاج أومعتمر، لم يعرض ولم يحاسب، وقيل له ادخل الجنة)). [قط، ع، عق، عد، ((الضعيفة)) (2187)]
(Munkar)
Daripada Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang melakukan haji dan umrah seperti ini (sama seperti cara Rasulullah), lalu dia mati, tidak akan dipaparkan (amalannya) dan dia juga tidak akan dihisab. Dikatakan kepadanya: Masuklah ke dalam syurga.
[Riwayat al-Dāraquṭnī dalam Sunannya, Abu Ya‘lā dalam Musnadnya, al-‘Uqaylī dalam al-Duafa’ al-Kabir dan Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Duafa’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2187]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.