Barangsiapa yang mati dalam memusuhi keluarga Rasulullah SAW

TEKS BAHASA ARAB

ليس في القيامة راكب غيرنا، ونحن أربعة، أما أنا؛ فعلى دابة البراق، وأما أخي صالح فعلى ناقة الله التي عقرت، وعمي حمزه أسد الله وأسد رسوله، على ناقتي العضباء، وأخي وابن عمي وصهري علي بن أبي طالب على ناقة من نوق الجنة مدبجة الظهر، رحلها من زمرد أخضر، مضبب بالذهب الأحمر، رأسها من الكافور الأبيض، وذنبها من العنبر الأشهب، وقوائمها من المسك الأذفر، وعنقها من لؤلؤ، وعليها قبة من نور الله، باطنها عفو الله.. إلخ، فينادي مناد من لدنان العرش، أو قال: من بطنان العرش: ليس هذا ملكا مقربا، ولا نبيا مرسلا، ولا حامل عرش رب العالمين؛ هذا علي بن أبي طالب أمير المؤمنين (…الحديث) ولو أن عابدا عبدالله بين الركن والمقام ألف عام، وألف عام، حتى يكون كالشن البالي لقي الله مبغضا لآل محمد أكبّه الله على منخره في نار جهنم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada lagi pada hari kiamat kelak, penunggang haiwan selain kami. Dan kami berempat jumlahnya. Sedangkan aku; maka aku menunggang haiwan Buraq, sedangkan saudaraku (nabi) Saleh, menunggang unta Allah yang telah disembelih, dan bapa saudaraku pula Hamzah, singa Allah dan singa Rasul-Nya, akan menaiki unta milikku al-Adba’, Manakala saudaraku, sepupuku dan menantuku Ali bin Abi Talib akan berada di atas unta daripada unta syurga yang dihias belakangnya dengan sutera, tempat duduknya daripada batu zamrud yang hijau yang dihiasi dengan emas merah. Kepalanya daripada kapur berwarna putih, ekornya daripada wangian yang menyala, dan kakinya daripada kasturi al-Azfar, lehernya daripada mutiara, dan di atasnya ada kubah daripada cahaya Allah dan batinnya keampunan Allah.. sehingga akhirnya. Lalu terdapat seseorang yang memanggil dari sisi Arasy ataupun dari belakang Arasy: Ini bukanlah malaikat yang dekat atau nabi yang diutus, bukan juga pemikul Arasy Tuhan sekalian alam. Ini adalah Ali bin Abi Talib ketua orang-orang yang beriman (hadis..). Walaupun seorang yang beribadat menyembah Allah di antara rukun (Yamani) dan maqam (Ibrahim) selama seribu tahun sehingga menjadi seperti bekas lama, bertemu Allah dalam keadaan yang murka kepada keluarga Muhammad, Allah akan mengheretnya atas hidungnya ke dalam neraka jahanam.

STATUS

Batil yang sangat jelas kebatilannya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 550, hadis nombor 2870. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل ظاهر البطلان، قاتل الله واضعه، ما أجرأه على الله)عن ابن عباس – رضي الله عنها -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((ليس في القيامة راكب غيرنا، ونحن أربعة، أما أنا؛ فعلى دابة البراق، وأما أخي صالح فعلى ناقة الله التي عقرت، وعمي حمزه أسد الله وأسد رسوله، على ناقتي العضباء، وأخي وابن عمي وصهري علي بن أبي طالب على ناقة من نوق الجنة مدبجة الظهر، رحلها من زمرد أخضر، مضبب بالذهب الأحمر، رأسها من الكافور الأبيض، وذنبها من العنبر الأشهب، وقوائمها من المسك الأذفر، وعنقها من لؤلؤ، وعليها قبة من نور الله، باطنها عفو الله.. إلخ، فينادي مناد من لدنان العرش، أو قال: من بطنان العرش: ليس هذا ملكا مقربا، ولا نبيا مرسلا، ولا حامل عرش رب العالمين؛ هذا علي بن أبي طالب أمير المؤمنين (…الحديث) ولو أن عابدا عبدالله بين الركن والمقام ألف عام، وألف عام، حتى يكون كالشن البالي لقي الله مبغضا لآل محمد أكبّه الله على منخره في نار جهنم)). [خطب، ((الضعيفة))، (6130)]

(Batil yang Sangat Jelas Kebatilannya, moga Allah memerangi mereka yang memalsukannya atas keberaniannya menipu atas Allah)
Daripada Ibnu Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tiada lagi pada hari kiamat kelak, penunggang haiwan selain kami. Dan kami berempat jumlahnya. Sedangkan aku; maka aku menunggang haiwan Buraq, sedangkan saudaraku (nabi) Saleh, menunggang unta Allah yang telah disembelih, dan bapa saudaraku pula Hamzah, singa Allah dan singa Rasul-Nya, akan menaiki unta milikku al-Adba’, Manakala saudaraku, sepupuku dan menantuku Ali bin Abi Talib akan berada di atas unta daripada unta syurga yang dihias belakangnya dengan sutera, tempat duduknya daripada batu zamrud yang hijau yang dihiasi dengan emas merah. Kepalanya daripada kapur berwarna putih, ekornya daripada wangian yang menyala, dan kakinya daripada kasturi al-Azfar, lehernya daripada mutiara, dan di atasnya ada kubah daripada cahaya Allah dan batinnya keampunan Allah.. sehingga akhirnya. Lalu terdapat seseorang yang memanggil dari sisi Arasy ataupun dari belakang Arasy: Ini bukanlah malaikat yang dekat atau nabi yang diutus, bukan juga pemikul Arasy Tuhan sekalian alam. Ini adalah Ali bin Abi Talib ketua orang-orang yang beriman (hadis..). Walaupun seorang yang beribadat menyembah Allah di antara rukun (Yamani) dan maqam (Ibrahim) selama seribu tahun sehingga menjadi seperti bekas lama, bertemu Allah dalam keadaan yang murka kepada keluarga Muhammad, Allah akan mengheretnya atas hidungnya ke dalam neraka jahanam.
[Riwayat Khuttab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah; no. 6130]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.