Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Barangsiapa yang ingin melihat keilmuan Nabi Adam, kefahaman Nabi Nuh, kelembutan Nabi Ibrahim, kezuhudan Nabi Yahya bin Zakariya dan ketegasan Nabi Musa bin Imran

Teks Bahasa Arab

من أراد أن ينظرَ إلى آدمَ في عِلمه، وإلى نوحٍ في فَهمِه، وإلى إبراهيمَ في حِلمه، وإلى يحيى بنِ زكريا في زُهدِه، وإلى موسى بنِ عمرانَ في بطشِه ؛ فلْينظرْ إلى عليِّ بنِ أبي طالبٍ.

Teks Bahasa Melayu

Barangsiapa yang ingin melihat keilmuan Nabi Adam, kefahaman Nabi Nuh, kelembutan Nabi Ibrahim, kezuhudan Nabi Yahya bin Zakariya dan ketegasan Nabi Musa bin Imran, maka lihatlah kepada Ali bin Abu Talib.

Sahabat Perawi

  1. Abu al-Hamra’

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1875, hadis no. 9450. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن إبن الحمراء مرفوعا: ((من أراد أن ينظر إلى آدم في علمه، وإلى نوح في فهمه، وإلى إبراهيم في حلمه، وإلى يحيى بن زكريا في زهده، وإلى موسى بن عمران في بطشه ؛ فلينظر إلى علي بن أبي طالب)). [إبن عساكر، ((الضعيفة)) (4903)]

(Palsu) Daripada Abu al-Hamra’, secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): “Barangsiapa yang ingin melihat keilmuan Nabi Adam, kefahaman Nabi Nuh, kelembutan Nabi Ibrahim, kezuhudan Nabi Yahya bin Zakariya dan ketegasan Nabi Musa bin Imran, maka lihatlah kepada Ali bin Abu Talib”. [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4903]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.