Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أراد أن ينظرَ إلى آدمَ في عِلمه، وإلى نوحٍ في فَهمِه، وإلى إبراهيمَ في حِلمه، وإلى يحيى بنِ زكريا في زُهدِه، وإلى موسى بنِ عمرانَ في بطشِه ؛ فلْينظرْ إلى عليِّ بنِ أبي طالبٍ.
Teks Bahasa Melayu
Barangsiapa yang ingin melihat keilmuan Adam, kefahaman Nuh, kelembutan Ibrahim, kezuhudan Yahya bin Zakariya dan ketegasan Musa bin Imran, maka lihatlah Ali bin Abu Talib.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1875, hadis no. 9470. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن الحمراء مرفوعا: ((من أراد أن ينظر إلى آدم في علمه وإلى نوح في فهمه وإلى إبراهيم في حلمه و إلى يحيى بن زكريا في زهده وإلى موسى بن عمران في بطشه فلينظر إلى علي بن أبي طالب)). [إبن عساكر، ((الضعيفة)) (4903)]
(Palsu) Daripada Ibn al-Hamra' RA, secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): “Barangsiapa yang ingin melihat keilmuan Adam, kefahaman Nuh, kelembutan Ibrahim, kezuhudan Yahya bin Zakariya dan ketegasan Musa bin Imran, maka lihatlah Ali bin Abu Talib." [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4903]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman