Barangsiapa yang hendak berbekam, maka hendaklah dia melakukannya pada hari ke-17, 19, 21

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من أراد الحجامة فليتحر سبعة عشر، أورتسعة عشر، أو إحدى وعشرين، ولا يتبيغ بأحدكم الدم فيقتله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang hendak berbekam, maka hendaklah dia melakukannya pada hari ke-17, 19, 21 dan janganlah sampai darah melimpah-limpah sehingga akan membunuhmu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1172, hadis nombor 5926. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: ((من أراد الحجامة فليتحر سبعة عشر، أورتسعة عشر، أو إحدى وعشرين، ولا يتبيغ بأحدكم الدم فيقتله)). [ه، ((الضعيفة)) (1864)]

(Sangat Lemah)
Hadis ini telah diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang hendak berbekam, maka hendaklah dia melakukannya pada hari ke-17, 19, 21 dan janganlah sampai darah melimpah-limpah sehingga akan membunuhmu.
[Riwayat Ibn Majah dalam Sunan beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 1864]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.