Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Barangsiapa yang datang kepada ahli nujum lalu percaya terhadap perkara yang disampaikannya

Teks Bahasa Arab

من أتى كاهناً فصدقه بما يقول؛ فقد برىء مما أنزل على محمد - ﷺ -، ومن أتاه غير مصدق له؛ لم يقبل له صلاة أربعين ليلة.

Teks Bahasa Melayu

Barangsiapa yang datang kepada ahli nujum lalu percaya terhadap perkara yang disampaikannya; maka dia telah berlepas diri dari apa yang diturunkan kepada Rasulullah ﷺ (Risalah Tauhid) dan barangsiapa yang datang kepadanya tanpa mempercayai apa yang disampaikannya, maka tidak diterima solat 40 malam.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 509, hadis no. 2710.

(ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله : من أتی کاهنا فصدقه بما يقول؛ فقد برئ ما أنزل على محمد ومن أتاه غير مصدق له؛ لم يقبل له صلاة أربعين ليلة». [طس، الضعيفة، (5281، 6533، 6555)]

(Lemah) Daripada Anas RA berkata: Rasululllah ﷺ bersabda: Barangsiapa yang datang kepada ahli nujum lalu percaya terhadap perkara yang disampaikannya; maka dia telah berlepas diri dari apa yang diturunkan kepada Rasulullah ﷺ (Risalah Tauhid) dan barangsiapa yang datang kepadanya tanpa mempercayai apa yang disampaikannya, maka tidak diterima solat 40 malam. [Disebutkan oleh al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Awsat, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah no 5281, 6523, 6555]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.