Barangsiapa yang berusaha memisahkan antara seseorang dengan suaminya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من عمل في فرقة بين امرئ وزوجه كان في غضب اللّه ولعنة اللّه في الدنيا والآخرة وكان حقا على اللّه أن يضربه يوم القيامة بصخرة من نار جهنم إلا أن يتوب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang berusaha memisahkan antara seseorang dengan suaminya maka dia akan sentiasa berada di dalam kemurkaan dan laknat Allah di dunia dan akhirat. Bahkan menjadi hak Allah untuk memukulnya dengan batu yang besar yang diperbuat dari api neraka jahannam pada hari kiamat melainkan jika dia bertaubat.

STATUS

Sanadnya bermasalah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 132. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«مَنْ عَمِلَ فِي فُرْقَةٍ بَيْنَ امْرِئٍ وَزَوْجِهِ كَانَ فِي غَضَبِ اللَّهِ وَلَعْنَةِ اللَّهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَكَانَ حَقًّا عَلَى اللَّهِ أَنْ يَضْرِبَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَخْرَةٍ مِنْ نَارِ جَهَنَّمَ إِلا أَنْ يَتُوب» تفرد بِهِ من لَا يجوز الِاحْتِجَاج بِهِ.

“Barangsiapa yang berusaha memisahkan antara seseorang dengan suaminya maka dia akan sentiasa berada di dalam kemurkaan dan laknat Allah di dunia dan akhirat. Bahkan menjadi hak Allah untuk memukulnya dengan batu yang besar yang diperbuat dari api neraka jahannam pada hari kiamat melainkan jika dia bertaubat.” Hadith diriwayatkan secara bersendirian oleh perawi yang tidak boleh dijadikan sandaran.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.