Barangsiapa yang bertakbir kepada Allah sekali takbir

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من كبر تكبيرة في سبيل الله كانت صخرة في ميزانه أثقل من السموات السبع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Barangsiapa yang bertakbir kepada Allah satu kali takbir, ia akan memberatkan timbangannya lebih berat daripada 7 petala langit.

STATUS

Tiada asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 208, hadis nombor 6. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن حبان عن ابن عمر مرفوعا وقال: لا أصل له. رواه ابن عدي عن جابر مرفوعا. وفي إسناده: كذاب.وروى عن ابن عباس مرفوعا: موت الغريب شهادة.وفي إسناده متروكان وقد رواه ابن ماجه والطبراني. وفي إسناد ابن ماجه ضعف.وله طرق تدفع دعوى من ادعى وضعه.

Ibn Hibban meriwayatkan daripada Ibnu Umar secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi), Ibn Hibban berkata: Tiada asal riwayatnya dari Nabi SAW. Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Jabir RA secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi). Pada sanadnya terdapat perawi pembohong. Ibn ‘Abbas meriwayatkan secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi), kematian dalam peperangan itu adalah syahid , pada sanadnya, terdapat dua perawi yang lemah kerana dituduh berdusta, Ibn Majah dan al-Tabarani meriwayatkannya juga dan pada sanadnya mengatakan hadith ini lemah. Di sana terdapat jalan-periwayatan lain yang menolak dakwaan hadith ini direka.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs