Tiada asal
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: "مَنْ كَبَّرَ تَكْبِيرَةً فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَانَتْ صَخْرَةً فِي مِيزَانِهِ أَثْقَلَ مِنَ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ _ إلخ".
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Barangsiapa yang bertakbir kepada Allah satu kali takbir, ia akan memberatkan timbangannya lebih berat daripada 7 petala langit.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
- Abdullah bin Umar RA
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Tiada asal
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 208, hadis no. 6. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ibn Hibban meriwayatkan daripada Ibnu Umar secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi), Ibn Hibban berkata: Tiada asal riwayatnya dari Nabi SAW. Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Jabir RA secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi). Pada sanadnya terdapat perawi pembohong. Ibn ‘Abbas meriwayatkan secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi), kematian dalam peperangan itu adalah syahid , pada sanadnya, terdapat dua perawi yang lemah kerana dituduh berdusta, Ibn Majah dan al-Tabarani meriwayatkannya juga dan pada sanadnya mengatakan hadith ini lemah. Di sana terdapat jalan-periwayatan lain yang menolak dakwaan hadith ini direka.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman