TEKS BAHASA ARAB
من صبر على سوءِ خلقِ امرأته أعطاه الله من الأجر مثل ما أعطى أيوب على بلائه ومن صبرت على سوء خلق الزوج أعطاها الله مثل ثواب آسيةَ امرأةِ فرعون.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barangsiapa yang bersabar di atas keburukan akhlak isterinya, maka Allah akan berikan kepadanya ganjaran seperti mana yang Dia berikan kepada Nabi Ayub ketika Baginda bersabar di atas bala yang menimpanya. Barangsiapa yang bersabar di atas keburukan akhlak suaminya, maka Allah akan berikan kepadanya ganjaran seperti mana ganjaran pahala Asiah, isteri kepada Fir’aun.
STATUS
Tiada asal baginya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 128. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
فِي الْمُخْتَصر «مَنْ صَبَرَ عَلَى سُوءِ خُلُقِ امْرَأَتِهِ أَعْطَاهُ اللَّهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلَ مَا أَعْطَى أَيُّوبَ عَلَى بَلائِهِ وَمَنْ صَبَرَتْ عَلَى سُوءِ خُلُقِ الزَّوْجِ أَعْطَاهَا اللَّهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلَ ثَوَابِ آسِيَةَ امْرَأَةِ فِرْعَوْن» لَا أصل لَهُ.
Dalam kitab Al-Mukhtasar menyebut:
“Barangsiapa yang bersabar di atas keburukan akhlak isterinya, maka Allah akan berikan kepadanya ganjaran seperti mana yang Dia berikan kepada Nabi Ayub ketika Baginda bersabar di atas bala yang menimpanya. Barangsiapa yang bersabar di atas keburukan akhlak suaminya, maka Allah akan berikan kepadanya ganjaran seperti mana ganjaran pahala Asiah, isteri kepada Fir’aun.” Hadith ini tiada asalnya.
RUJUKAN
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.