Barangsiapa yang berpuasa ketika berjihad di jalan Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من صام يوما في سبيل الله بعد الله وجهه عن النار مئة عام ركض الفرس الجواد المضمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang berpuasa ketika berjihad di jalan Allah, dijauhkan Allah wajahnya daripada neraka sejauh seratus tahun perjalanan bagi seekor kuda yang melarikan diri bagi bersembunyi.

STATUS

Munkar secara keseluruhannya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1035, hadis nombor 5302. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – قال: قال – صلى الله عليه وسلم -: ((من صام يوما في سبيل الله بعد الله وجهه عن النار مئة عام ركض الفرس الجواد المضمر)). [عب، طب، الشجري، ((الضعيفة))(6910)].

(Munkar Secara Keseluruhan)
Daripada Abu Umamah RA, (beliau) berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang berpuasa ketika berjihad di jalan Allah, dijauhkan Allah wajahnya daripada neraka sejauh seratus tahun perjalanan bagi seekor kuda yang melarikan diri bagi bersembunyi.
[Riwayat Abd al-Razzaq dalam Musannaf beliau, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Syajari. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6910].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.