Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من قال: الحمد لله الذي تواضع كل شيء لعظمته، والحمد لله الذي ذل كل شيء لعزته، والحمد لله الذي خضع كل شيء لملكه، والحمد لله الذي استسلم كل شيء لقدرته؛ فقالها يطلب بها ما عنده؛ كتب الله له بها ألف حسنة، ورفع له بها ألف درجة، ووكل به سبعين ألف ملك، يستغفرون له إلى يوم القيامة.
Teks Bahasa Melayu
Barangsiapa yang berkata: Segala puji bagi Allah yang tunduk kepadanya segala-galanya kerana keagungan-Nya, dan segala puji bagi Allah yang hina segalanya kerana kemuliaannya, dan segala puji bagi Allah yang tunduk kepadanya kerana Kerajaan-Nya, dan segala puji bagi Allah yang segalanya menyerahkan diri kerana Kekuatan-Nya, kemudian setelah itu dia berdoa meminta kurnia Allah SWT; maka Allah SWT tuliskan baginya seribu kebaikan, dan diangkat seribu darjat, dan dijaga oleh 70 ribu malaikat yang beristighfar untuknya sampai hari kiamat nanti.
Sahabat Perawi
- Ibnu Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 510, hadis no. 2714.
(منکر) عن ابن عمر -رضي الله عنها- مرفوعا: «من قال: الحمد لله الذي تواضع كل شيء لعظمته، والحمد لله الذي ذل كل شيء لعزته، والحمد لله الذي خضع كل شيء له، والحمد لله الذي استسلم كل شيء لقدرته؛ فقالها يطلب بها ما عنده؛ كتب الله له بها ألف حسنة، ورفع له بها ألف درجة، ووكل به سبعين ألف ملك، يستغفرون له إلى يوم القيامة». [طب، «الضعيفة» (5087)]
(Munkar) Daripada Ibnu Umar RA yang disandarkan kepada Rasulullah ﷺ, barangsiapa yang berkata: Segala puji bagi Allah yang tunduk kepadanya segala-galanya kerana keagungan-Nya, dan segala puji bagi Allah yang hina segalanya kerana kemuliaannya, dan segala puji bagi Allah yang tunduk kepadanya kerana Kerajaan-Nya, dan segala puji bagi Allah yang segalanya menyerahkan diri kerana Kekuatan-Nya, kemudian setelah itu dia berdoa meminta kurnia Allah SWT; maka Allah SWT tuliskan baginya seribu kebaikan, dan diangkat seribu darjat, dan dijaga oleh 70 ribu malaikat yang beristighfar untuknya sampai hari kiamat nanti. [Disebutkan oleh al-Tabrani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Kabir, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no 5343]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman