TEKS BAHASA ARAB
من قال في الإسلام شعرا مقذعا؛ فلسانه هدر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barangsiapa yang berkata perihal yang buruk tentang Islam melalui syair yang bersifat memburuk-burukkan, maka tidak akan dilindungi.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1639, hadis nombor 8292. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن بريدة – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: ((من قال في الإسلام شعراً مُقْذِعاً؛ فلِسانُه هَدَرٌ)). [البزار، ((الضعيفة)) (6307)]
(Lemah)
Daripada Buraidah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Barangsiapa yang berkata perihal yang buruk tentang Islam melalui syair yang bersifat memburuk-burukkan, maka tidak akan dilindungi.))
[Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6307].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.