Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Barangsiapa yang berbohong atas namaku

Teks Bahasa Arab

من كذب علي؛ وقي الشفاعة.

Teks Bahasa Melayu

Barangsiapa yang berbohong atas namaku, maka akan dijauhkan daripada syafaat.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 510, hadis no. 2715.

(منکر) عن أنس -رضي الله عنه-مرفوعا: «من كذب علي؛ وقي الشفاعة». [تخ، «الضعيف» (5080)]

(Munkar) Daripada Anas RA yang disandarkan kepada Rasulullah ﷺ: Barangsiapa yang berbohong atas namaku, maka akan dijauhkan dengan daripada syafaat. [Disebutkan oleh al-Bukhari dalam Kitab al-Tarikh, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no 5080]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.