Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Barangsiapa yang banyak berzikir kepada Allah

Teks Bahasa Arab

من أكثر ذكر الله؛ فقد برىء من النفاق.

Teks Bahasa Melayu

Barangsiapa yang banyak berzikir kepada Allah , maka dia telah selamat daripada kemunafikan.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 510, hadis no. 2712.

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه - مرفوعا: «من أكثر ذكر الله؛ فقد برئ من النفاق». [طس، طص، ابن شاهين، أبو محمد المخلدي في «أحاديث متقاة»، أبو موسى المديني في(اللطائف)، هب، الأصبهاني، «الضعيفة» (5120)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA yang disandarkan kepada Rasulullah ﷺ: Barangsiapa yang banyak berzikir kepada Allah , maka dia telah selamat daripada kemunafikan. [Disebutkan oleh al-Tabrani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Awsat dan Kitab al-Mu‘jam as-Saghir, Ibnu Syahin dalam al-Targhib wa al-Tarhib, Abu Muhammad al-Makhladi dalam kitab Ahadis Muntaqah, Abu Musa al-Madiinii dalam kitab al-Lataif, al-Baihaqi dalam kitab Syu'ab al-Iman, al-Asbahani dalam kitab al-Targhib wa al-Tarhib, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no 5120]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.