Barangsiapa yang banyak bersangka baik kepada manusia, maka banyaklah penyesalannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من حسن ظنه بالناس كثرت ندامته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang banyak bersangka baik kepada manusia, maka banyaklah penyesalannya.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 182, hadis nombor 933. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((من حسن ظنه بالناس كثرت ندامته)). [تمام، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1152)]

(Batil)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barangsiapa yang banyak bersangka baik kepada manusia, maka banyaklah penyesalannya.
[Riwayat Tammam dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1152]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.